Wednesday, 29 February 2012

LEAP YEAR~

ALHAMDULILLAH~ masih lagi Allah beri kesempatan utk aku bernafas dan dapat juga merasa tahun lompat (utk keberapa kali suda ni ar?)
So, today is the day, 29.02.2012 (Wednesday) !
Hari dimulakan seperti biasa. Tadi di sekolah ada sambutan hari jadi utk teman2 yg lahir pd bulan Jan and Feb. (semoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT ... amiiiin~)
Biasalah, ada makan2 , ada minum2 ..and ada juga yg main calit krim kek p muka org lain!
Memang best la!
Tapi bila difikirkan, semakin panjang umur kita, semakin pendek jangka hayat kita (cewah ! macam hipotesis sains pulak!).
Dikatakan bahawa manusia yang hidup di akhir zaman hanya mempunyai jangka hayat selama 60 tahun.
Tapi ada juga yg hidup kurang atau lebih dari tempoh itu.. kan kan kan?
Sesungguhnya umur itu adalah rahsia Allah ~
Ramai la jugak yg diraikan tadi, antaranya ialah sahabat beta (beta la kaaaannn..) Asyeema, Rafee, Nain, Ain, Jira dan Lina.. (nehh tua sudah kamu. kami masih 16 tahun, sweet 16 gitu...!)

Pastu sambung belajar gitu gini semuanya..

Pada jam 12.30 pm kami satu kelas beramai-ramai p terjah Hari Terbuka Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) !
Terjumpa la senior kami yg mantopp iaitu Kak Haliza..(ohh..di sana ba pula dia belajar skarang ne, baru aku tau.hehehe).
Lepas kami dibawa menjelajah ke Makmal Biologi, Makmal Fizik dan Sesi Taklimat di Tutor Room oleh Abang Am's (rasanya ini nama dia tu tadi..sorry bro kalau tersilap!), kami pun p untuk Sesi Cabutan Bertuah dan Sesi Kuiz bersama abg2 n kakak2 asasi neh..
Tapi apakan daya, aku tidak bertuah utk sebarang cabutan tadi..(aku ingat tu, NOMBOR 402).
But, Allah knows what is good for you, right?

Dijadikan cerita, sahabat yg bernama Rafee ni minta tolong jawab kuiz soalan Bio. Aku pun testing2 power la kannn..betul pula aku jawab! (aku pun terkejut sendiri..! hahaha)
Apalagi, teruja berabess la aku sma si Rafee ne jawab kuiz. Pastu sahabat aku Rosminah pun join sekaki.!
Jawab punya jawab punya jawab tu kuiz, banyak la jugak hadiah kami dapat(buku catatan, pen, keychain).
Ingat kena berkumpul mau balik p sekolah suda, skali kami turun masih ada pula sahabat2 yg lain. Kami pun naik balik sambung jawab kuiz(siap minta tukar soalan lagi..)! Banyak sudah kuiz kami jawab sampai tu kakak cakap, "Pasni teda hadiah suda , ya dik..". Hahahaha..tapi nda pa, yang penting kami puas hati dapat menguji kepandaian diri sendiri dan saling bertukar2 pendapat..=)
Biarpun nda dapat hadiah cabutan bertuah yang besar punya! tu, Allah bagi kami hadiah kuiz yg kecik tapi BANYAAAAK!
Thank You Allah!
Sampai sini jak la cerita yg aku ada utk dikongsi bersempena tahun lompat ni..hehehe..
Apa2 pun, kita harus ingat! Kita haruslah mensyukuri nikmat kehidupan yg Allah telah beri kpd kita..~
peace :D
by: nandos_ciken

No comments:

Post a Comment