Wednesday, 29 February 2012

LEAP YEAR~

ALHAMDULILLAH~ masih lagi Allah beri kesempatan utk aku bernafas dan dapat juga merasa tahun lompat (utk keberapa kali suda ni ar?)
So, today is the day, 29.02.2012 (Wednesday) !
Hari dimulakan seperti biasa. Tadi di sekolah ada sambutan hari jadi utk teman2 yg lahir pd bulan Jan and Feb. (semoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT ... amiiiin~)
Biasalah, ada makan2 , ada minum2 ..and ada juga yg main calit krim kek p muka org lain!
Memang best la!
Tapi bila difikirkan, semakin panjang umur kita, semakin pendek jangka hayat kita (cewah ! macam hipotesis sains pulak!).
Dikatakan bahawa manusia yang hidup di akhir zaman hanya mempunyai jangka hayat selama 60 tahun.
Tapi ada juga yg hidup kurang atau lebih dari tempoh itu.. kan kan kan?
Sesungguhnya umur itu adalah rahsia Allah ~
Ramai la jugak yg diraikan tadi, antaranya ialah sahabat beta (beta la kaaaannn..) Asyeema, Rafee, Nain, Ain, Jira dan Lina.. (nehh tua sudah kamu. kami masih 16 tahun, sweet 16 gitu...!)

Pastu sambung belajar gitu gini semuanya..

Pada jam 12.30 pm kami satu kelas beramai-ramai p terjah Hari Terbuka Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) !
Terjumpa la senior kami yg mantopp iaitu Kak Haliza..(ohh..di sana ba pula dia belajar skarang ne, baru aku tau.hehehe).
Lepas kami dibawa menjelajah ke Makmal Biologi, Makmal Fizik dan Sesi Taklimat di Tutor Room oleh Abang Am's (rasanya ini nama dia tu tadi..sorry bro kalau tersilap!), kami pun p untuk Sesi Cabutan Bertuah dan Sesi Kuiz bersama abg2 n kakak2 asasi neh..
Tapi apakan daya, aku tidak bertuah utk sebarang cabutan tadi..(aku ingat tu, NOMBOR 402).
But, Allah knows what is good for you, right?

Dijadikan cerita, sahabat yg bernama Rafee ni minta tolong jawab kuiz soalan Bio. Aku pun testing2 power la kannn..betul pula aku jawab! (aku pun terkejut sendiri..! hahaha)
Apalagi, teruja berabess la aku sma si Rafee ne jawab kuiz. Pastu sahabat aku Rosminah pun join sekaki.!
Jawab punya jawab punya jawab tu kuiz, banyak la jugak hadiah kami dapat(buku catatan, pen, keychain).
Ingat kena berkumpul mau balik p sekolah suda, skali kami turun masih ada pula sahabat2 yg lain. Kami pun naik balik sambung jawab kuiz(siap minta tukar soalan lagi..)! Banyak sudah kuiz kami jawab sampai tu kakak cakap, "Pasni teda hadiah suda , ya dik..". Hahahaha..tapi nda pa, yang penting kami puas hati dapat menguji kepandaian diri sendiri dan saling bertukar2 pendapat..=)
Biarpun nda dapat hadiah cabutan bertuah yang besar punya! tu, Allah bagi kami hadiah kuiz yg kecik tapi BANYAAAAK!
Thank You Allah!
Sampai sini jak la cerita yg aku ada utk dikongsi bersempena tahun lompat ni..hehehe..
Apa2 pun, kita harus ingat! Kita haruslah mensyukuri nikmat kehidupan yg Allah telah beri kpd kita..~
peace :D
by: nandos_ciken

Tuesday, 28 February 2012

Tak Terfikir Pula Sebelum Ini

Kenapa tajuk tu mcm tu?
Kisahnya bermula macam ni....jeng jeng jeng !
Tadi masa aku baru balik dari sekolah..jalan tengah sesak..dgn perut yg lapar lagi..
Terdengar la sbuah tazkirah kat radio Klasik Nasional ( faveret bapa aku ne xD) yg membuatkan aku terfikir..
Tazkirah tu lebih kurang mcm ni :
"Ustaz : Kalau kita nak buat sesuatu perkara tu, kita MINTA IZIN DGN ALLAH.. katakan kita nak beli kereta, kita mohon, - ya Allah, kereta mana 1 yg sesuai utk ku ya Allah, kereta 'second hand' mana 1 yg dapat aku guna dalam jangka masa yg panjang ya Allah..-kita sepatutnya tanya Allah, bukan tanya kawan2 kita yang pakar kereta, atau orang yang jual kereta tu.."

Hal ini buat aku terfikir sejenak.."ya kannnn...selama ni nda pernah pula mau minta petunjuk Allah dlm setiap sesuatu atau sekecil mana pun perkara tu..Astaghfirullah.."

Jadi kawan2, selepas ni.. apa sahaja perkara yg kita buat, MINTA IZIN dgn Allah dulu, MINTA PETUNJUK dgn Allah dulu..insyaALLAH.
Kan Allah itu lebih MENGETAHUI apa yg hamba2Nya tidak ketahui..? :D

p/s: Alhamdulillah..Allah takdirkan aku utk mendengar tazkirah tu tadi ~
by : -nandos_ciken_

Pengumuman Penting !!

Assalamualaikum wbt~
Sebenarnya tiada juga benda penting yg mau diumumkan ni . .
Alhamdulillah setelah meminta izin sahabat (manusia empunya blog ini =D) iaitu Asyeema Aliemen utk berkongsi blog, dia bg 'green light' !
Jd sekarang blog ini akan dikongsi bersama saya, Sitti Nanda Zainal..
itu ja pun sebenarnya yg mau di bgtau..hehehe :D

Saturday, 25 February 2012

rehlah 25 feb




ALHAMDULILLAH..
td baru jak selesai ikut program REHLAH kat tmn awam teluk likas,
first time ikut program ni,
SUBHANALLAH,bestnya x terkira,
cuma 2 lah,
time d bagi2 kumpulan,x sangka pulak fasilitator nya 2 muslimin, huhuhu first time ni,
jd aku yg sebenarnya x pemalu n byk cakap ni pun tiba2 jd malu2 kucing :P

ya la bha..sepalah x malu kan,berurusan dgn lelaki,,lelaki SOLEH pulak 2 !

malu la juga..sbb kan mcm x layak ba brurusan dgn org cam2,

actually,,stp kali aku ikut program islamik ni,yg rata2nya dihadiri oleh org yg beragama,timbul rasa malu n rendah diri.

kdg2 tertanya2, bila la aku ni mau berubah mcm drg...

lebi2 lagi dgn muslimahnya..drg 2 solehah..jaga aurat..jaga ikhtilat..jaga suara..ayu..

bestnya jd mcm drg...moga2 ALLAH bagi kekuatan utk aku berubah pd yg lebih baik....mmg susah mau berubah,tp insyaALLAH,selagi jasad dikandung badan,akan ku mujahadah habis2an utk berubah . utk sentiasa dalam cinta NYA...:')

ermmm..tema rehlah ni pasal syukur.

so,
aktivitinya sumanya ada simbolik kesyukuran,
plg bkesan dlm hati aku yala kami kena suruh bejalan,tp guna lutut,

hmm..baru aku prasan,yg aku ni jarang sgt bersyukur walau dikurniakan anggota yg sempurna(ALHAMDULILLAH),x pernah pun tfikir pasal benda 2.

N ada sorang ustaz ni,namanya ustaz (alamak lupala namanya) dari johor,dtg sabah bg ceramah ngan kami.,
dia ni ada kekurangan skit,,dia x leh nampak dgn jelas...tp..MASYA ALLAH, sedapnya dgr suara dia mengalunkan ayat cinta dariNYA..smpai boleh menitis air mata mendengar..di situ timbul satu semangat, AKU MAU JADI MACAM DIA.kekurangan fizikal x halang dia dari mendalami KITABULLAH..samapai dia boleh p PALESTIN,THAILAND bg ceramah.ustaz ni siap ajar kami satu lagu g:

sayang2 org hensem tak solat,NABI YUSUF hensem tp solat (LEBI KRG LAA...:P)


p/s::insyaALLAH,aku akan berusaha istiqamah sertai program islamik cam ni,,walau banyak halangan..byk dugaan yg harus ditempuhi..
HATI INI PERNAH LAMA MATI...jadi ..aku mau hati ini sentiasa hidup dlm meraih ilmuNYA d kebun syurgaNYA.......


^^,







Rahsia seorang lelaki Ghuraba':

P: Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?


L: Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar).


P: Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?


L: Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.

P: Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang?


L: Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa.


P: Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2?


L: Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram. kecuali isteri2nya sahaja.
P: Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk?


L: Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka. Saya sangat cintakan wanita sebab itu saya tidak mahu mengecewakan mereka....biarlah mereka cakap yg saya ni sombong...ALLAH lebih mengetahui..



P: Allahu Akbar... Ini pertama kali saya jumpa lelaki seperti awak....

Friday, 24 February 2012

oi lelaki!!








ASSALAMUALAIKUM...................

ermm,,dlm byk2 artikel yg aku baca,,mesti sebut pasal aurat pmpuan.btul. aku sokong.tp kan3.....menutup aurat tu kan wajib,bkn jak pd pompuan,,LELAKI pun sama.
suma suda sedia maklum,,yg aurat pmpuan ialah semua anggota bdn kecuali tgn n mukanya,

MUSLIMIN plak ialah antara pusat dan lutut...
tp kannnn.....aku hairan dgn sstgh lelaki ni,yg slambernya jalan pakai suar pendek smpai tbuka aurat(astaghfirullah..zina mata ni)




SO,

lelaki,can u explain 2 me,,y it is too hard 4 u guys 2 cover ur aurat ??

susa sgt ka??

brp inci ja la bha aurat kamu 2 kalau mau dibandingkan dgn pmpuan..
aku tau la,xda sepa yg mau kacau2 kamu,usik2 kamu kalau kamu x tutup aurat pun,

tp kan.........................

HUKUM ALLAH KAN WAJIB DITAATI.....?

lgpun,,,,pd pandangan mata aku yg rabun jauh 400 degree ni(tp stiil bole bezakan la mana baik n buruk)..,

lelaki yg tutup aurat dia walau apa jua keadaan jauh lebih COOL kalau mau dibandingkan dgn lelaki yg nampak 'hot' buka aurat.

SERIOUSLY.tya la mana2 pompuan ,kalau drg mau cari laki,ttp jg drg mau yg jaga hukum2 ni (alamak lari tajuk plak)

apa,kamu ingat,kamu nampak macho,encem ,n gagah bila tayang aurat??

TIDAK SAMA SEKALI.
hancur ada laa!





aku tabik la dgn lelaki yg pandai jaga aurat ni,walau bersukan skali pun.itu baru namanya MACHO.
lagi,satu pakej kalau lelaki 2 jaga pandangan matanya.




golongan yg dinaungi ALLAH

p/s: aku suka katun rusydee artz ni^^,


Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, baginda bersabda :Tujuh golongan yang akan dinaungi ALLAH pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-NYA iaitu hari akhirat :

1) IMAM (PEMIMPIN) YANG ADIL
2) PEMUDA YANG GIAT BERIBADAH KEPADA RABBNYA
3) SEORANG YANG HATINYA SELALU LEKAT DENGAN MASJID
4) DUA ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA ALLAH, MEREKA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH
5) SEORANG PEMUDA YANG DIRAYU OLEH WANITA YANG MEMPUNYAI KEDUDUKAN DAN KECANTIKAN, NAMUN DIA BERKATA, “Inni akhafallah” (aku takut pada ALLAH)..
6) SESORANG YANG INFAK DENGAN SEMBUNYI-SEMBUNYI, SAMPAI TANGAN KIRINYA TIDAK TAHU APA YANG DIINFAKKAN OLEH TANGAN KANANNYA
7) DAN SEORANG YANG MENGINGATI ALLAH DALAM SENDIRIAN SAMBIL MENANGIS...

pemuda ISLAM






Pemuda islam dulu mati syahid dalam 
peperangan menegakkan islam
Pemuda islam sekarang mati katak
dalam perlumbaan haram


Pemuda islam dulu hafal Al-Quran
Pemuda islam sekarang hafal not muzik

Pemuda islam dulu hafal beribu Hadis
Pemuda islam sekarang hafal beribu lagu

Pemuda islam dulu bunuh ramai kafir dalam peperangan Badar
Pemuda islam sekarang bunuh ramai anak haram

Pemuda islam dulu berjalan beribu batu mencari ilmu Agama
Pemuda islam sekarang merantau ke Ibu Kota mencari glamour

Pemuda islam dulu berhabis duit berinfak kerana ALLAH
Pemuda islam sekarang berhabis duit untuk hiburan dan pelacuran kerana Setan

Pemuda islam dulu kuat tauhidnya
Pemuda islam sekarang kuat belitnya

Pemuda islam dulu kuat imanya
Pemuda islam sekarang kuat mainnya

Tak semua pemuda islam sekarang yang leka
Ini bukan mengata 
Tapi perlu di teliti

Tapi
Pemuda islam dulu dan sekarang
Ada persamaannya yang nyata
Persamaan yang ketara
Yang sama 
Mereka adalah 
PEMUDA ISLAM
Fikir-fikirlah wahai pemuda islam sekaran
g

muka buku punya cerita~








Seorang gadis comel sedang mengambil gambar dalam handphone .. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel .. dia ambil lagi gambarnya .. posing dengan penuh kemanjaan dan cute~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba2, dalam fikirannya


" nak upload dlm fb lah.."


untuk memberi harapan orang akan memujinya .. dan akhirnya .. upload sudahlah gambar2nya didalam fb .. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu .. memberikan komen yang boleh membanggakan dirinya..'comel la u ni..' wau.. u cute..' pandai nya u posing..'
...
Tidak sedarkah anda ? Anda tidak menutup aurat , sudah BERDOSA.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat DOSA..anda dapat DOSA lagi.. orang yang tekan 'like' dapat DOSA ..anda BERDOSA lagi.. orang yang memuji anda dapat DOSA.. DOSA anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah DOSA anda berlipat kali ganda. !

Berubahlah wahai wanita.. marilah kita sama2 bertaubat pada ALLAH .. mohon ampun..
sebelum terlambat.

Wanita yang comel =
Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

Wanita yang sweet =
Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.

Wanita yang romantik =
Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.

Wanita yang charming =
Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.

Wednesday, 22 February 2012

imam pilihanku:)

Kawan: ima, nak tanya sesuatu.

Saya: Tanyalah. Perlu tanya ka kalau mau tanya?

Kawan: Hehe. Ermm.

Saya: Apa dia?

Kawan: Apa ciri suami yang kau mau?

Saya: Ciri?

Kawan: Haah. Semua orang mesti ada angan-angan sendiri kan? kau? Mesti ada juga kan.

Saya sengih. :)

Saya: Mmm. Ciri...? Entah. aku tak pernah pun listkan atau ada list tersendiri. Cuma...

Kawan: Cuma???

Saya: Cumanya, cukuplah lelaki tu ada agama yang baik.

Kawan: Ala, semua orang nak macam tu. Maksud ku, ciri yang tertentu. Yang special sikit. Tak kan takda?

Saya: Bagi aku, bila seorang lelaki ada agama yang baik, InshaAllah akan lengkaplah semuanya. mau cari apa lagi?

 aku senyum.

Kawan: Walaupun rupa takda?

Saya: Penting ka rupa?

Kawan: Penting. Untuk anak yang comel. Hehe.

Saya: Anak comel? InshaAllah tu urusan Allah untuk mengcomelkan anak.

Kawan: Ala, ada lelaki yang ustaz, alim tapi kerja takde, menganggur. kau masih masi yang macam tu? Agama bagus, tapi tak kerja. mau?

Saya: Agama ada, kerja malas, maksudnya agama masih belum benar-benar ada dalam dirinya. aku nak lelaki yang benar-benar ada agama dalam dirinya. Bila seseorang lelaki ada agama yang InshaAllah baik, maka akan baiklah seluruh kehidupannya. Itu maksud aku.. Kena faham tu.

Kawan: Oooh. Gitu ka?

Saya: Yelah. Jangan salah tafsir pulak. Kalau jumpa lelaki yang konon agama bagus, tapi akhlak teruk, kerja tak de, tu sebenarnya agamanya belum baik. Faham?

Kawan: Haaa... faham, faham. Kalau macam tu, aku pun nak macam tulah.

Saya: Yup. Kita sama-samalah. Dan kena ingat, kalau kita mahu yang agamanya baik, kita pun kena usaha untuk ada agama yang baik. Jangan mengharap kalau diri kita sendiri tidak boleh diharap.

Kawan: Hehe. Ya ya. InshaAllah. Jadi, rupa, harta, semua tu tak penting lah dalam pemilihan suami?

Saya: Kan aku kata tadi, bila agama baik, InshaAllah yang lain juga akan baik. InshaAllah, Allah akan bantu benda lain. Jangan risau.

Kawan: Ye... Faham dah. Oh ya, soalan terakhir, kenapa kau mau kahwin?

Saya: Kenapa mau kahwin?

Kawan: Haah.

Saya: InshaAllah, aku pun nak betulkan niat berkahwin sentiasa, kena selalu ingat. Berkahwin kerana Allah. Berkahwin kerana penghidupan akhirat. InshaAllah, ini bukan jalan yang senang, dan kenalah doa, usaha dan sabar.

Kawan: Ye InshaAllah. Thanks ima ku sayang..;p

Saya: Hehe. Welcome. Gaya ku cakap macam orang maukahwin kan?

Kawan: Hehe. Haah.

Saya: aku pun lemah. Cakap pandai, cuba buat? aku pun tak pasti samaada mampu atau tidak. Apapun, InshaAllah aku cuba pandaikan diri. Doa dan usahalah.

Kawan: InshaAllah....

Saya: Hmm. InshaAllah...



p/s: uitsss..SPM pun blum abis lagi!! hhehe

inginku menjadi seorang muslimah....


ya Allah...


aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang hidup matinya hanya utk Mu ya Allah,
cinta utamanya adalah cinta Mu ya Allah,
semua perkara yang dilakukannya adalah kerana Mu ya Allah,
meletakkan Mu di atas segalanya,
agar hati dan diri sentiasa dipelihara,
daripada setiap kelalaian dunia.

ya Allah,

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang pandai mengurus masa,
dakwah dan pelajaran diimbangi sebaik mungkin,
bersungguh-sungguh ketika belajar,
tetapi pada masa yang sama,
tidak lupa utk menyumbang di jalan dakwah.

ya Allah.

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang menjaga pergaulannya,
berbicara dengan lelaki hanya pada yang perlu,
suaranya tidak menggegar hati yang mendengar,
mengenakan pakaian yang ditutup sempurna,
membuat lelaki juga hormat padanya.

ya Allah,

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
tidak ditakuti tetapi disegani,
tidak sombong tetapi dihormati
dicintai kerana agama yg ada padanya
bukan kerana kecantikan atau harta yg utama.

ya Allah,

berilah aku kekuatan,
untuk berubah ke arah itu

abang...

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan???..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambillah yeerr..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kat umah pak long kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku

Tuesday, 21 February 2012

akhirnya~

alhamdulillah..hari ni..22/2/2012 aku dapat buat blog jugak akhirnya..actually,,aku wat blog ni bkn ada apa2 pun..tp dsebabkan ramai kwn2 aku ada blog,,aku pun teringin la jugak..hehehe..dan dgn bangganya aku katakan di sini,,blog ni wujud atas jasa baik sahabatku; NORAFIZA MUSARI:)

Ok la..skg aku crita pasal diriku . eermmm..aku ni..cuma sorang gadis biasa..yg ada menyimpan impian utk menjadi solehah..insyaALLAH:)
diberi nama ASYEEMA BINTI ALIEMEN pd 8 feb 1995 oleh ayahanda tercinta..skg umur aku 17 tahun(TAHUN NI SPM!)
pasal cita2 pulak...ramai org tanya..mau tau apa cita2 sebenar aku??
SURI RUMAH.
ramai org tkejut dgr cita2 aku ni.
napa ya?
ermm..mgkin drg anggap kalau mau jd suri rumah ni x paya skola pun xpa.
tp aku mau jg SURI RUMAH YANG BERJAYA.bkn yg xda penddkn..
pilihan kedua aku pula : peguam.(cehh..ckp dpn klas pun menggil)!
and my last choice: doktorrrr :(

aku suka makan .tidur .online .baca novel.majalah.komik..(huh?? ni ka mau jd solehah??)
heheh..2 hobi sampingan jak la..hobi utama...................insyaALLAH yg berkaitan agama...

aku suka sgt makan burger ,pizza, ayam goreng..(senang creita,aku suka mkn makanan barat)
minuman pulak..ice lemon tea(ni plg ketagih ni) ,n jus buah2an.,

aku skola kat smk likas :P
aku ni org semporrna,sabah:)
tp pindah cni sbb ikut bpk kan..
adik beradik ku ada 5 org,,aku plg bongsu,
kawan baik aku??
hmm byk..yg satu suda aku sebut awal2..
yg len2 pulak c nanda..mina..nia..nani..
insyaALLAH ukhuwah kami sampai syurga..:)


ok la..assalamualaikum.ni jak utk kali ni..daaaaaaaaa!!!

KERNA AKU SAYANG KAMU.......


Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku