Wednesday, 22 February 2012

imam pilihanku:)

Kawan: ima, nak tanya sesuatu.

Saya: Tanyalah. Perlu tanya ka kalau mau tanya?

Kawan: Hehe. Ermm.

Saya: Apa dia?

Kawan: Apa ciri suami yang kau mau?

Saya: Ciri?

Kawan: Haah. Semua orang mesti ada angan-angan sendiri kan? kau? Mesti ada juga kan.

Saya sengih. :)

Saya: Mmm. Ciri...? Entah. aku tak pernah pun listkan atau ada list tersendiri. Cuma...

Kawan: Cuma???

Saya: Cumanya, cukuplah lelaki tu ada agama yang baik.

Kawan: Ala, semua orang nak macam tu. Maksud ku, ciri yang tertentu. Yang special sikit. Tak kan takda?

Saya: Bagi aku, bila seorang lelaki ada agama yang baik, InshaAllah akan lengkaplah semuanya. mau cari apa lagi?

 aku senyum.

Kawan: Walaupun rupa takda?

Saya: Penting ka rupa?

Kawan: Penting. Untuk anak yang comel. Hehe.

Saya: Anak comel? InshaAllah tu urusan Allah untuk mengcomelkan anak.

Kawan: Ala, ada lelaki yang ustaz, alim tapi kerja takde, menganggur. kau masih masi yang macam tu? Agama bagus, tapi tak kerja. mau?

Saya: Agama ada, kerja malas, maksudnya agama masih belum benar-benar ada dalam dirinya. aku nak lelaki yang benar-benar ada agama dalam dirinya. Bila seseorang lelaki ada agama yang InshaAllah baik, maka akan baiklah seluruh kehidupannya. Itu maksud aku.. Kena faham tu.

Kawan: Oooh. Gitu ka?

Saya: Yelah. Jangan salah tafsir pulak. Kalau jumpa lelaki yang konon agama bagus, tapi akhlak teruk, kerja tak de, tu sebenarnya agamanya belum baik. Faham?

Kawan: Haaa... faham, faham. Kalau macam tu, aku pun nak macam tulah.

Saya: Yup. Kita sama-samalah. Dan kena ingat, kalau kita mahu yang agamanya baik, kita pun kena usaha untuk ada agama yang baik. Jangan mengharap kalau diri kita sendiri tidak boleh diharap.

Kawan: Hehe. Ya ya. InshaAllah. Jadi, rupa, harta, semua tu tak penting lah dalam pemilihan suami?

Saya: Kan aku kata tadi, bila agama baik, InshaAllah yang lain juga akan baik. InshaAllah, Allah akan bantu benda lain. Jangan risau.

Kawan: Ye... Faham dah. Oh ya, soalan terakhir, kenapa kau mau kahwin?

Saya: Kenapa mau kahwin?

Kawan: Haah.

Saya: InshaAllah, aku pun nak betulkan niat berkahwin sentiasa, kena selalu ingat. Berkahwin kerana Allah. Berkahwin kerana penghidupan akhirat. InshaAllah, ini bukan jalan yang senang, dan kenalah doa, usaha dan sabar.

Kawan: Ye InshaAllah. Thanks ima ku sayang..;p

Saya: Hehe. Welcome. Gaya ku cakap macam orang maukahwin kan?

Kawan: Hehe. Haah.

Saya: aku pun lemah. Cakap pandai, cuba buat? aku pun tak pasti samaada mampu atau tidak. Apapun, InshaAllah aku cuba pandaikan diri. Doa dan usahalah.

Kawan: InshaAllah....

Saya: Hmm. InshaAllah...



p/s: uitsss..SPM pun blum abis lagi!! hhehe

No comments:

Post a Comment